"Siap Laga-Laga Pipi Sambil Tak Pakai Mask..", Instafamous Minta Maaf Sebab Tak Berhati-Hati Jaga SOP Semasa Majlis Buka Puasa Buat Netizen Naik Angin
Tindakan instafamous dan pelakon
baru Nurin Afiqah, 25, berkongsi momen ketika Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan
Saf 2021 telah mengundang kecaman daripada netizen.
Menerusi foto yang tular di
Twitter, Nurin didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila
tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Malah, ketika acara berkenaan
Nurin bersama segelintir tetamu yang hadir kelihatan tidak memakai pelitup
separuh muka.
"Di mana SOP nya? Dekat
Kelantan semua majlis tak boleh buat, bazar pun tak ada, dine-in pun tak
dibenarkan lagi. Mana adilnya untuk abang burger?
"Ini majlis berbuka puasa,
kalau niat tak menghalalkan cara, adakah niat membenarkan pengabaian SOP?"
tulis seorang pengguna yang menggunakan nama @ixyanimohd.
Tang mana SOP nya 😔 dkt Kelantan semua event xboleh buat, bazaar pun xde, dine-in pun x benar lagi. Mana adil-nya untuk abang burger?
— Zee Yani (@ixyanimohd) April 29, 2021
Ni Majlis Berbuka Puasa, kalau niat tak menghalalkan cara, adakah niat membenarkan pengabaian SOP? #IniTidakAdil #SelebritiInstaFemesSemuaBoleh pic.twitter.com/Um8a0FKzo7
Tampil mengakui akan kesilapan
yang dilakukan, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu memohon maaf kepada semua
orang dan berjanji akan lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam.
"Kepada semua orang, dari
lubuk hati saya. Saya betul-betul minta maaf. Saya harus lebih berhati-hati
bila berada di tempat awam.
"Saya akan lebih
berhati-hati selepas ini untuk jaga SOP. Saya terima dengan kesalahan yang
diperkatakan.
"Sekali lagi, saya minta maaf
banyak-banyak. Thank you for pointing out," tulisnya.
Acara itu turut dihadiri beberapa
selebriti tempatan antaranya Mawar Rashid, Raf Yaakob dan Iman Troye.
Awal Mac lalu, Menteri Kanan
(Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob, memberikan kebenaran untuk mengadakan
majlis sosial dengan mematuhi syarat SOP.
Antara SOP yang perlu dipatuhi
oleh penganjur majlis adalah kehadiran ke premis 50 peratus bagi kawasan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis
dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP).
Majlis seperti seminar, kursus,
latihan, ceramah bersemuka, pameran, aktiviti perdagangan serta konvensyen juga
dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan.
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.