"Ibu, Bangunlah..Adik Masih Disini Temankan Ibu..", Anak Kecil menangis Tak Henti-Henti, Ibu Maut DiLanggar Lari Ketika Menyapu Di Tepi Jalan
Seorang wanita yang bekerja sebagai petugas pembersihan maut selepas dilanggar lari di Jalan Metro Tanjung Bunga, Kecamatan Mariso, Kota Makassar, Indonesia.
Kejadian yang menimpa mangsa,
Lina, 37, berlaku pada 9 Ogos lalu dan gambar anaknya, Bowo, menangis meratapi
jasad ibunya yang terbaring kaku di hospital viral di media sosial.
Difahamkan, Lina bertugas menyapu
jalan di Pantai Losari setiap hari dan ketika sedang menyapu di tepi jalan, dia
dilanggar sebuah kereta. Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal
dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Siloam Makassar.
Siasatan polis mendapati, ketika
mangsa sedang menyapu jalan, datang sebuah kereta Honda Brio dengan kelajuan
50-60 km/j melanggar mangsa sehingga terpelanting.
“Pemandu kereta itu dipercayai
mahu memotong kereta di hadapan dan tidak menyedari mangsa yang sedang menyapu
lalu melanggarnya. Pemandu itu juga disyaki memandu dalam keadaan mengantuk,”
kata sumber polis.
Pemandu terbabit, Abdullah Arman,
22, yang merupakan mahasiswa ditahan selepas kejadian itu bersama dengan
beberapa bahan bukti dan didakwa di mahkamah.
Apa yang menyedihkan, anak lelaki
mangsa yang berusia empat tahun menangis tak berhenti-henti melihat ibunya yang
terbujur kaku. Kehilangan mangsa amat dirasainya kerana dia selalu menemani
ibunya bekerja setiap hari.
“Mangsa langgar lari ini bertugas
sebagai petugas pembersihan di Pantai Losari dan selalu ditemani anak lelakinya
yang masih kecil sambil duduk menunggu ibunya bekerja.
“Pemergian mangsa meniggalkan dua
orang anaknya yang masih kecil,” kata sumber dari Facebook.
Kejadian itu membuatkan netizen berasa
simpati dengan nasib anak-anak mngsa yang kini menjadi yatim paitu.
Sumber: Tagar / thereporter
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.