Bayi hidap Pneumonia ditembak mati dengan BB Gun, mak bapak tuduh anak 3 tahun yang lakukan
Pasangan muda di Fukuoka, Jepun, ditahan kerana menggunakan Ball Bearing
Gun (BB Gun) menembak anak mereka berusia satu tahun yang maut selepas
mengalami pendarahan berterusan dan beberapa kesan lebam.
Menurut Oriental Daily, mangsa meninggal dunia selepas diselamatkan dari
kekejaman ibu bapanya.
Selepas didapati bersalah kerana menembak mangsa tanpa belas kasihan,
pasangan itu enggan bertanggungjawab di atas tindakan mereka dan mendakwa
anak mereka yang berusia tiga tahun yang melakukan jenayah
itu.
Bagaimanapun. polis mendedahkan kenyataan pasangan itu tidak boleh
dipercayai dan mereka ditahan semalam, 6 November.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan serta disahkan
menghidap penyakit pneumonia sejak Disember lalu.
Selepas insiden itu, ibu mangsa berkata jantung dan paru-paru anaknya
tidak berfungsi kerana penyakitnya itu dan dikejarkan ke hospital untuk
mendapatkan rawatan. Malangnya, mangsa meninggal dunia selepas menjalani
pembedahan.
Punca kematian adalah disebabkan pneumonia. Kakitangan hospital tidak
membantu tetapi menyedari banyak kesan peluru BB gun di seluruh badan
mangsa.
Ketika disoal siasat, pasangan itu menafikan dakwaan mendera mangsa. Bapa
mangsa berkata, "Anak kami yang berusia tiga tahun bermain dengan pistol
itu."
Tetapi apabila polis menggeledah kediaman pasangan itu, mereka gagal
menemui senjata yang dimaksudkan itu. Malah mereka menemui beberapa
senjata lain (air gun) yang disimpan dalam rumah. Juga adalah tidak
masukal senjata-senjata itu dikendalikan oleh kanak-kanak berusia tiga
tahun.
Difahamkan, itu bukan kali pertama pasangan itu didakwa mendera anak-anak
mereka sendiri.
Januari tahun lalu, Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak mendapati wajah anak
sulung pasangan itu bengkak. Ketika kakitangan datang melawat keluarga
itu, si ibu memaklumkan mangsa yang berusia tiga tahun itu terlanggar
dinding ketika bermain.
Oleh kerana ketiadaan bukti berlakunya penderaan, pihak jabatan
membenarkan kanak-kanak itu terus dijaga oleh pasangan itu.
Sumber: Oriental Daily, World of Buzz