Pelajar buta dirogol dua gurunya di sekolah
Dua guru didakwa merogol seorang pelajar buta selama dua bulan di sebuah
sekolah khas untuk golongan anak kurang upaya.
Chaman Thakor, 62, dan Jayanthi Thakor, 30, didakwa merogol remaja
perempuan berusia 15 tahun di bilik muzik.
Kejadian itu terbongkar selepas keluarga mangsa curiga apabila remaja itu
kerap pulang lewat dari sekolah.
Mangsa kemudian menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya di mana
maruah dia telah diragut oleh dua guru terbabit.
Menurut mangsa, kali pertama dia dirogol di dalam bilik muzik oleh
Chaman. Tiga hari kemudian, Jayanthi pula melakukan perbuatan terkutuk itu
di bilik yang sama.
Difahamkan, mangsa dimasukkan ke sekolah itu pada Julai lalu untuk
belajar muzik.
Inspektor Ambaji berkata, dua suspek terbabit telah melarikan diri sebaik
saja perbuatan mereka didedahkan. Pihaknya kini sedang giat memburu dua
lelaki itu.
Pihak sekolah juga telah memecat kedua-dua guru berkenaan sebaik
mengetahui kejadian tersebut.
Sumber: Daily Mail