Remaja mengaku lakukan hubungan intim dengan kekasih kerana ingin bantu lelaki itu keluarkan 'sel darah putih'
Mangsa mengaku melakukan hubungan intim dengan lelaki itu untuk membantunya 'menyembuhkan' penyakit yang dihidap pasangannya itu.
Kejadian itu dikongsi oleh pengguna Twitter, Giorno Joester, yang menegaskan betapa pentingkan pendidikan seks bagi menghindari kejadian seperti itu berlaku.
Berdasarkan perkongsian perbualan WhatsApp itu, mangsa tidak mengetahui 'sel darah putih' yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sperma.