2 beradik dibunuh bapa tiri kerana sakit hati mangsa minta dibelikan aiskrim
Menurut laporan dari portal berita tvOneNews, suspek pembunuhan dua
kanak-kanak itu adalah bapa tiri mereka.
Ketua Polis Medan, Komisioner Riko Sunarko berkata, suspek pembunuhan dua
kanak-kanak itu adalah bapa tiri yang bermotifkan sakit hati.
Pada petang hari kejadian, dua beradik itu baru pulang dari rumah
neneknya yang terletak berhampiran. Di sebelah malam, mereka menonton
televisyen bersama dengan suspek sebelum salah seorang tampil meminta
suspek membelikan aiskrim untuk mereka.
Bagaimanapun, suspek memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai wang. Tidak
berpuas hati dengan jawapan itu, mangsa menyindir suspek kedekut dan
meminta ibunya mencari ayah baru.
Kata-kata itu membuatkan suspek terasa sakit hati dan bertindak membunuh
mangsa dan juga anak kandungnya sendiri sebelum memaklumkan kepada isteri
melalui Facebook yang dia telah menghabiskan dua nyawa kanak-kanak itu
serta mayat mereka dibuang di kawasan sekolah.
Sementara itu, bapa kandung mangsa, Muhammad Arif, 32, mengakui dia
begitu marah apabila mendengar kejadian yang menimpa anaknya yang
merupakan salah seorang mangsa dalam kejadian itu.
Difahamkan, Arif berkahwin dengan ibu mangsa dan kemudian bercerai
sebelum ibu mangsa berkahwin lagi dengan suspek dan memiliki anak
kedua.
"Saya sangat kesal. Teringin sangat melihat wajah suspek acam mana.
Kenapa dia tergamak sungguh buat begitu, hanya kerana aiskrim saja,"
katanya yang juga berharap suspek dijatuhkan hukuman berat.
Sumber: Tribun Wow