Suami potong telinga isteri kerana kuat membawang dengan jiran sebelah sampai terlupa sediakan makanan
Akibatnya, mangsa yang berusia 39 tahun, mengalmai kecederaan parah dan
terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara itu, ketika disoal siasat polis, suspek, Baco Bolong atau
Hasdi, 42, mengakui dia berbuat demikian hanya berniat untuk memberi
pengajaran kepada isterinya.
Hasdi mengakui dia emosi dan malu setelah mendapati isterinya pergi ke
rumah jiran tanpa menyiapkan makanan untuknya.
Suspek kemudian memberi peringatan kepada mangsa agar tidak mengulangi
perbuatannya itu lagi, tetapi mangsa bertindak menendang paha
suspek.
Berang dengan tindakan itu, suspek terus menarik telinga mangsa dan
dikerat.
Terdahulu, polis berjaya menahan suspek yang didapati bersembunyi di
rumah salah seorang penduduk.
Ketika ditahan, polis menemui barang bukti yang merupakan sebahagian
telinga mangsa yang dipotong dan senjata yang digunakan dalam kejadian
itu.
Hasdi mengakui dia menyesal dengan apa yang telah berlaku dan merasakan
dirinya dirasuk ketika kejadian itu.
"Saya menyesal dengan perbuatan saya walaupun pada awalnya saya hanya
mengancam dia tetapi disebabkan dia melawan dan mungkin saya telah dirasuk
syaitan maka saya terpaksa melakukan tindakan itu," katanya.
Keadaan mangsa stabil dan dibenarkan keluar dari hospital. Namun, mangsa
masih mengalami trauma.
Suspek kini disoalsiasat dan akan dikenakan tindakan undang-undang yang
berkaitan dengan akta keganasan rumah tangga serta berdepan dengan hukuman
penjara lima tahun.
Sumber: Kompas