Budak didera sampai mati kerana tak sengaja lepaskan burung peliharaan majikannya dari sangkar
Mangsa, Zahra Shah, meninggal dunia di sebuah hospital di Rawalpindi pada
1 Jun 2020 selepas mangsa dibawa oleh majikannya, Hassan Siddiqui, ke
hospital.
Hassan dan isterinya kini ditahan reman selama dua minggu dan akan
menjalani ujian pengesan pembohongan.
Petugas perubatan di hospital berkata, Hassan memaklumkan dia dan
isterinya telah memukul mangsa apabila disoal mengenai keadaan
Zahra.
Ditanya punca kejadian itu berlaku, Hassan mendakwa Zahra telah
melepaskan burung kakak tua perliharaannya dari sangkar.
Mangsa mengalami pendarahan teruk dan mempunyai kesan dera di bahagian
muka, tangan dan ditempatkan di unit rawatan rapi.
Petugas perubatan bertindak menghubungi pihak polis selepas Hassan
menghilangkan diri ketika mangsa sedang diberikan rawatan.
Bagaimanapun, polis berjaya mengesan semula Hassan berdasarkan maklumat
dirinya yang digunakan untuk mendaftar pesakit di hospital
tersebut.
Pengambilan pekerja di bawah usia 15 tahun adalah satu kesalahan di
Pakistan.
Datuk mangsa, Syed Fazal Hussain Shah berkata, ibu bapa mangsa menghantar
anak mereka bekerja dengan Hassan kerana lelaki itu berjanji mahu mendidik
Zahra.
Oleh kerana kesempitan wang, pasangan itu bersetuju dengan janji yang
diberikan oleh Hassan.
Kes itu mendapat perhatian banyak pihak sehingga hashtag #justicefor
zahrashah trending di Twitter, termasuk golongan selebriti yang mahu
menuntut keadilan untuk Zahra.
Sumber: Daily Mail