Disangka 'lelaki' melahirkan bayi, orang awam enggan bantu wanita ini
Seorang penjaga parkir yang disangka lelaki melahirkan anak di tepi
jalan mengemparkan orang awam yang berada di sekitar tempat
kejadian.
Wanita itu melahirkan bayinya tanpa bantuan sesiapa dan orang awam yang
berada berhampiran pada ketika itu enggan membantunya dan menganggap
kejadian itu aneh kerana 'lelaki' melahirkan anak serta merakamnya
menggunakan telefon bimbit masing-masing.
Sebaik saja wanita itu memegang bayinya yang berlumuran darah, orang
ramai tampil membantu setelah memastikan dia adalah wanita tulen dan
segera menghantarnya ke hospital dengan ambulans.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Chumphon, Thailand pada 9 Februari
lalu.
Menurut saksi kejadian, wanita terbabit tidak menunjukkan ekspresi
sakit ketika melahirkan bayinya. Malah, ketika ketubannya pecah, dia
masih gagah berdiri di jalan.
Keadaan itu menyebabkan orang awam menyangka dia adalah lelaki yang
melahirkan bayi.