Tergelincir, Leher Budak 11 Tahun TertVsuk Duri Pagar
BANGKOK - Padah memanjat pagar berduri, leher seorang kanak-kanak
tertusuk besi tajam sepanjang lebih 20 sentimeter.
Mangsa, Tharathep Wanacharoenlap, 11, memanjat pagar tersebut untuk
menemui rakannya, malangnya mangsa tergelincir kerana pagar tersebut licin
selepas hujan sebelum itu.
Akibatnya, leher mangsa tertusuk pada duri pagar. Namun bernasib baik
kerana besi itu tidak terkena pada saluran darahnya.
Ekoran kejadian itu, mangsa tidak menggerakkan dirinya selama 10 minit
sebelum orang ramai datang membantu dan menghubungi ambulans.
Tiba di tempat kejadian, pekerja penyelamat segera memotong besi
berkenaan sebelum membawa mangsa turun dan dihantar ke hospital dengan
besi yang masih tertusuk pada lehernya.
Menurut jurugambar yang merakam kejadian itu, Natarit Noonpradate,
berkata, mangsa memanjat pagar itu setiap hari untuk menemui
rakannya.
"Rakannya terlalu malas untuk membuka pintu pagar yang terletak kira-kira
800 meter dari rumah. Kebetulan hari itu hujan dan pagar berkenaan licin
menyebabkan mangsa jatuh dan lehernya tertusuk pada besi pagar itu,"
katanya.