Lelaki cedera dilibas dengan pisau dapur oleh bapa tirinya kerana tak flush toilet dengan betul
Difahamkan, mangsa mula bertengkar dengan pesara itu selepas suspek
menegur tabiat buruknya itu dan menyumpah seranah ibu mangsa.
Suspek mendakwa ibu mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lebih 20
orang lelaki sebelum menyerang mangsa secara tiba-tiba menggunakan pisau
dapur.
Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami luka sedalam 15 sentimeter di
telinga kanan dan muka. Tangan mangsa juga cedera ketika dia cuba mengelak
serangan dari suspek.
Suspek telah ditahan polis dan siasatan sedang dijalankan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 1 Mei di selatan barat bandar
Chongqing, China.
Mangsa dalam keterangannya berkata, dia 'flush' tandas dengan betul
selepas menggunakannya tetapi adakalanya tangki air tandas itu tidak
berfungsi dengan baik.
Pada awalnya, mangsa tidak mengendahkan teguran suspek. Keadaan itu
menjadi semakin teruk apabila suspek menuduh ibu mangsa mempunyai hubungan
sulit dengan lebih 20 orang lelaki.
"Dia libas pisau kat saya empat kali. Saya cuba melindungi diri dengan
cerek. Tetapi ketika dia melibas pisau kali ketiga, cerek pula rosak dan
tangan saya pun cedera," katanya.
Sumber: Daily Mail