[Video] "Sapa Order Tealive Kat Tanah perkuburan Ni?..", Food Rider Terkejut Hantar Order Di Tanah Kubur, Tapi Rupanya..
Peranan seorang penghantar makanan bukanlah tugas yang
senang. Bermacam-macam dugaan yang terpaksa mereka lalui semasa memenuhi
permintaan pelanggan seperti hujan lebat, kesesakan lalu lintas dan
sebagainya.Bukan setakat itu saja, ada juga yang berdepan pengalaman terima
panggilan atau tempahan misteri.
Baru-baru ini, tular rakaman yang memaparkan seorang food
rider menerima satu tempahan yang agak aneh. Dia cuma menjalankan tugas dan
mengikut peta ke lokasi pelanggan. Namun apa yang peliknya, dia tak semena-mena
tiba di sebuah kawasan perkuburan Cina sekali gus meluahkan rasa kesal
gara-gara kena prank.
Susulan video tersebut mendapat perhatian ramai di aplikasi
TikTok, rata-rata netizen bersimpati terhadap nasib dan ujian yang menimpanya.
Gara-gara terkilan dengan kejadian tersebut, mereka turut terkilan dengan
tindakan pihak yang sanggup melakukan tempahan palsu sedemikian terhadap
golongan yang sedang mencari rezeki.
Namun setelah ditanya ramai, akhirnya saudara Muhamad Zul
ini mendedahkan kisah sebenar yang terjadi selepas itu. Siapa sangka,
rupa-rupanya tempahan minuman itu dibuat oleh salah seorang tukang gali kubur
di situ.
@pejuangbatch4_xsudah ♬ original sound - muhamad_zul
Sumber: TikTok pejuangbatch4_xsudah
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.