"Mak Hari-hari Makan Mi Segera, Tak Sedar Kena Kanser Dah Stage 4.."
Kebanyakan orang tiada masa untuk masak di rumah atau
membuat juadah yang pelbagai. Dalam banyak-banyak makanan express sebegini, mi
segera selalunya menjadi pilihan majoriti. Memang betul menu itu mudah dibuat
tetapi tahukah anda pengambilan secara kerap boleh mengundang masalah yang
serius?
Perkara yang memudaratkan ini terjadi kepada ibu seorang
gadis di Twitter. Menurut gadis berkenaan, maknya itu kerap memakan makanan
segera itu serta jeruk sewaktu dia masih muda. Pada mulanya hanya disahkan
gastrik, tetapi beberapa tahun kemudian mak kepada gadis berkenaan disahkan
menghidap masalah kesihatan serius tersebut.
Tragedi yang sama pernah menimpa sebelum di mana tabiat
memakan mi segera setiap malam akhirnya memakan diri bagi seorang lelaki di ibu
negara. Memetik laporan daripada New Straits Times, pemuda yang berumur 18
tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya selepas disahkan menghidap kanser
perut. Dia dikatakan kerap mengalami masalah perut kembung dan rasa mual.
Menurut Institut Jantung Negara (IJN), serbuk mi segera yang
dimakan boleh menyebabkan masalah jantung. Tahukah anda, sebenarnya terdapat
cara masak yang betul dan tidak diketahui ramai. Cara tersebut dimulakan dengan
merebus mi berkenaan sebelum membuang airnya apabila sudah masak. Air yang
dibuang itu sebenarnya mengandungi lilin dan boleh memudaratkan kesihatan.
Kemudian, didihkan air baru dalam periuk yang lain. Apabila siap mendidih,
masukkan mi segera tadi ke dalam air yang yang panas lalu menutup api dan
memasukkan separuh sahaja serbuk perasa bagi mengurangkan lagi risiko
kesihatan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.