[Video] "Lunyai Scammer Bangla Tu Kena Bantai..", Yusuf Azmi Dan Abang Ali Belasah Scammer Bangla, Ini Penjelasannya..
Kecoh di media sosial hari ini
dimana satu video menunjukkan Aktivis Yusuf Azmi melempang seorang lelaki yang
dipercayai warganegara Bangladesh.
Kelihatan Abang Ali yang juga
sahabat baik Yusuf Azmi mengamuk dan beberapa orang yang ada disitu.
Yusuf Azmi tampil jelaskan apa
yang terjadi.
Kenapa Yusuf Azmi Dan Abang Ali Mengamuk?!
Sejak kelmarin pihak Semboyan
Malaysia telah menerima berita bahawa baju Tshirt Semboyan Jihad yang dikeluarkan
oleh Semboyan Malaysia sendiri telah di CETAK R0MPAK.
Perkara ini disedari oleh pihak
Semboyan Malaysia selepas ramai yang mengadu apabila mereka mendapat baju yang
mereka telah beli tidak mencapai kualiti yang memuaskan.
Sudahlah dicetak rompak, harga
yang ditawarkan sangat tidak munasabah iaitu pada harga RM5 dan RM10 sahaja.
Lebih memedihkan lagi, apabila
penjual tersebut ‘memancing’ untuk menyuruh membeli dengan kuantiti yang
banyak.
Kami pihak Semboyan Malaysia
dapat berjumpa dengan penjual ini selepas menyamar untuk menjadi pelanggan dan
ingin membeli sebanyak 600 helai.
Apa yang membuatkan Yusuf Azmi
dan Abang Ali betul betul marah adalah kerana diawal pertemuan itu suspek sudah
menipu dengan mengatakan dia bukan penjual.
Apabila di telefon nombor penjual
baju itu, telefon suspek yang berbunyi.
Selepas ditekan berkali-kali
untuk cerita hal sebenar, kesabaran Yusuf Azmi dan lain-lain tercabar selepas
dia sendiri mengaku bahawa dia menjual barangan ‘reject’ produk Semboyan
Malaysia.
Mungkin perkara ini dilihat kasar
disudut mata orang lain, namun Yusuf Azmi sendiri bertindak sedemikian kerana
beliau tidak mahu orang ketiga yang merosakkan nama beliau dan Semboyan
sendiri.
Anda cuba bayangkan kami hanya
menempah sebanyak 600 helai pada harga RM10 ringgit. Dia boleh untung secara
‘ATAS ANGIN SEBANYAK RM6000 dengan hanya menjual T-shirt Semboyan Jihad yang
telah di reject’.
Sudahlah makan untung atas angin,
dia turut menggunakan satu kedai pencetakan baju yang dimiliki oleh bangsa
Melayu sendiri sebagi umpan dan menyakinkan mangsa untuk ditipu.
Yusuf Azmi serta pemilik kedai
berkenaan mengamuk kerana tidak mahu imej branding Semboyan Malaysia dan
bisness kedai print milik En Sabri Leman tercalar angkara perbuatan yang boleh
dikatakan satu penipuan ini.
Kami juga disini memohon maaf andai mengguris perasaan anda dibulan yang mulia ini.
Yang baik itu datang dari Allah,
yang buruk itu dari saya.
Semoga perkara ini boleh
dijadikan satu tauladan buat semua.
InsyaAllah
Sumber: Yusuf Azmi
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.