[Video] “Tolonglah Tuan Saya Merayu, Kembalikan Tangki Oksigen Tu..”, Anak Dakwa Polis Rampas Tangki Oksigen Untuk Ibunya (Sakit Covid-19) Untuk Diberikan Kepada VIP
Seorang wanita yang disahkan
positif Covid-19 dilaporkan meninggal dunia selepas tangki oksigen yang
sepatutnya diberikan kepadanya dirampas oleh beberapa pegawai polis, dalam
kejadian yang berlaku di Agra, India.
Lapor Times of India, polis didakwa
mengambil tangki oksigen itu dari anak lelaki mangsa berusia 17 tahun. Wanita
itu dipercayai meninggal dunia, dua jam selepas insiden yang tidak diingini itu
berlaku.
Dalam video viral di media
sosial, remaja yang lengkap berpakaian PPE, dilihat melutut dan menangis ketika
dia meminta polis untuk mengembalikan tangki oksigen itu kepadanya atau ibunya
akan mati.
Berkata kepada media, remaja itu
mendakwa, polis terus mengambil tangki oksigen itu walaupun dia telah merayu
agar mereka tidak berbuat demikian. Keluarga mangsa mendakwa, polis merampas
tangki oksigen itu untuk diberikan kepada orang kenamaan (VIP).
Kejadian itu mendorong Timbalan
Ketua Pengarah Polis (ADG), Rajiv Krishna, mengarahkan pihaknya menjalankan
siasatan segera terhadap dakwaan tersebut.
किसी मोदी सरकार के वीआईपी को ऑक्सीजन देने के चक्कर में एक गरीब महिला का ऑक्सीजन छीनती पुलिस
— Mahendra Kudiya (@GaonDastak) April 28, 2021
बेटा रो रहा है,मेरी माँ का oxygen टैंक मत ले जाओ। विडियो उत्तरप्रदेश का बताया जा रहा है। pic.twitter.com/2pGB0KHNXy
Polis bagaimanapun mengeluarkan
kenyataan penafian mengenai dakwaan itu dan memberitahu media tangki oksigen
tersebut adalah kosong.
Sumber: Times of India
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.