Cemburu kekasih selalu dicium anak kandungnya, lelaki ini cekik budak 4 tahun sampai mati
Seorang lelaki tergamak membunuh anak kandung teman wanitanya yang
berusia empat tahun sehingga mati kerana cemburu yang
melampau.
Suspek, Alisaba Nazara, 41, membunuh mangsa pada Khamis, 21 November 2019
di rumah di Dusun II Desa Ujung Labuhan, Sumatera Utara.
Ibu mangsa, Dordila S, 35, bekerja sebagai tukang cuci, menjalinkan
hubungan dengan Nazara sejak enam bulan lalu dan baru tinggal bersama
selama dua minggu.
Pada hari kejadian, Dordila pergi bekerja dan meninggalkan anaknya
bersama dengan Nazara. Kira-kira jam 10 pagi, suspek memandikan mangsa
kemudian dipakaikan baju dan bedak.
Sejam kemudian, mangsa tidur di bilik sebelum didatangi suspek pada jam
12 tengah hari lalu menekup mulut dan hidung mangsa dengan kedua
tangannya.
"Dia tidak meronta-ronta. Saya buat semua itu lebih kurang setengah jam
lah," katanya ketika disoal wartawan Kompas di balai polis, sehari selepas
kejadian.
Jam 1 petang, Dordila pulang ke rumah dan bertanya di mana anaknya
sebelum mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan ada kesan lebam di
badan.
Dordila kemudian mengajak Nazara membawa mangsa pergi ke hospital. Tetapi
Nazara berkata, anaknya sudah meninggal dunia. Namun Dordila bertegas mahu
membawa anaknya ke hospital.
Setelah diperiksa, doktor menemui kesan lebam di pipi kanan dan kiri
serta bekas cekikkan di leher mangsa. PIhak hospital terus melaporkan
kejadian itu kepada polis pada jam 3 petang.
Susulan itu, polis merampas sejumlah bahan bukti. Ibu dan bakal bapa tiri
mangsa ditahan untuk membantu siasatan.
Nazara mengaku telah membunuh mangsa kerana cemburu melihat kanak-kanak
itu mencium ibu kandungnya, yang juga merupakan kekasihnya.
"Aku cemburu dengan dia kerana kami sudah dua minggu tinggal bersama,"
katanya yang juga menjelaskan ketika kejadian dia seperti terdengar
bisikan suara yang menyuruh dia membunuh mangsa.
Nazara juga mengaku dia berada dalam keadaan separuh sedar ketika
melakukan perbuatan itu.
"Waktu itu saya tidak sedar. Saya terus cekik dia guna tangan kanan dan
kiri yang menekup mulut dan hidungnya selama 30 minit. Saat saya melakukan
perbuatan itu, saya memang tidak sedar," jelasnya.
Sementara itu jiran juga mendedahkan pasangan itu sering bertengkar
kerana suspek tidak gemar melihat kekasihnya bersama lelaki lain di tempat
kerja.
Kes masih dalam siasatan dan suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara
maksimum 15 tahun jika didapati bersalah atas tuduhan membunuh
mangsa.
Sumber: Tribun News