Bapa rogol anak pada birthday ke-13 sebagai hadiah kerana tiada duit
BOLIVIA - Seorang lelaki berusia 32 tahun didakwa merogol anak
perempuannya sendiri pada hari ulangtahun kelahiran mangsa yang ke-13
kerana dia tidak mempunyai wang untuk membeli hadiah yang
sebenar.
Terdahulu, lelaki itu memberitahu isterinya yang dia mahu meluangkan masa
bersama mangsa untuk menyambut ulangtahun kelahirannya dan menunggu si
isteri keluar dari rumah sebelum merogol mangsa sebagai
'hadiah'.
Bagaimanapun, isterinya mendapat tahu perbuatan suaminya terus bertindak
menghubungi polis, tetapi diugut oleh suspek sebelum suspek ditahan pada 4
Oktober lalu.
Ketika disoal siasat, suspek menjelaskan dia tidak mempunyai wang yang
mencukupi untuk membeli hadiah, lalu dia mengambil keputusan untuk memberi
'hadiah' dari dirinya.
Sumber: The Sun