Lelaki mental penggal & makan otak mangsa dengan nasi, mati ditembak ketika cuba merampas pistol polis
Jumaat lalu, seorang wanita di Filipina dipenggal dan otaknya dimakan
hanya kerana mangsa bercakap dalam bahasa inggeris.
Sebelum kejadian, seorang saksi melihat mangsa bersama dengan seorang
lelaki yang didakwa mempunyai masalah mental. Mangsa kemudian dilaporan
hilang yang membawa kepada penahanan seorang suspek, Lloyd Bagtong, 21, di
Misamis Oriental, untuk siasatan.
Ketika disoal siasat, Bagtong mengaku telah memenggal kepala mangsa dan
otaknya dimakan dengan nasi. Suspek turut mendedahkan lokasi mayat mangsa
disembunyikan.
Berdasarkan maklumat itu, polis telah membawa suspek ke lokasi kejadian
dan menemui mayat mangsa berada keadaan separuh bogel tanpa kepala dengan
kedua tangannya diikat. Lokasi mayat disembunyikan itu berada 4 kilometer
dari rumah suspek.
Kronologi kejadian, suspek ternampak mangsa berada di sebuah tanah
perkuburan berhampiran dan memukul mangsa dengan objek logam sebelum
kepalanya dipenggal dengan menggunakan senjata seperti sabit.
Suspek mengaku dia bertindak sedemikian kerana tidak memahami dan berasa
jengkel dengan mangsa yang bercakap dalam bahasa inggeris.
Dalam pengakuannya itu, suspek berkata dia telah memakan otak mangsa
bersama nasi dan tengkorak mangsa dibuang ke sebuah lubang yang tidak jauh
dari rumahnya.
Di tempat kejadian, polis menemui kain yang terdapat kesan darah yang
dipercayai digunakan untuk membawa kepala mangsa dari lokasi kejadian
dan
Polis turut menemui kain dengan kesan darah, yang dipercayai digunakan
untuk membawa kepala mangsa dari lokasi kejadian ke rumahn
suspek.
Ketua Polis Talisayan, Kapten Maribeth Ramoga berkata, suspek dibawa ke
Pejabat Pendakwa Wilayah di Cagaya de Oro pada jam 7.40 pagi untuk
disiasat kerana tiada pendakwa raya yang bertugas di Talisayan pada hari
itu.
Dalam perjalanan, tayar kenderaan pengiring meletup. Di kesempatan itu,
Bagtong meminta kebenaran untuk turut kerana mahu membuang air kecil.
Ketika polis mengalih posisi tangannya ke depan, suspek terus merampas
pistol anggota dan melepaskan tembakan.
Polis kemudian membalas tembakan itu sebanyak tiga das tembakan yang dua
daripadanya terkena dada dan satu lagi das tembakan terkena bahagian sisi
badan.
Suspek yang cedera dikejarkan ke hospital, tetapi sudah terlambat apabila
doktor mengesahkan suspek telah meninggal dunia.
Sumber: Astro Awani