Cemarkan maruah keluarga, bapa renjat & kelar leher anak perempuannya jalin hubungan dengan anak jiran
Seorang wanita berusia 22 tahun dibunuh dengan kejam oleh bapanya di
Ferozabad, Uttar Pradesh, India.
Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu ketika mangsa yang merupakan anak
bongsu daripada lima beradik berada di rumah dengan bapanya, sementara
ahli keluarga yang lain berada di Gurugram.
Suspek, Harivansh Kumar, mengaku membunuh anaknya dan ketika disoal
siasat, suspek menceritakan dia terlebih dahulu merenjat mangsa sebelum
mengelar lehernya dengan pisau.
Senjata yang digunakan suspek turut dirampas.
Difahamkan, suspek tidak merestui hubungan anaknya, Pooja, dengan anak
jirannya, Gajendra.
Jurucakap polis Girish Chandra Gautam berkata, suspek berkemungkinan
ternampak mangsa bercakap dengan teman lelakinya di luar rumah pada lewat
malam. Apabila mangsa kembali ke biliknya, suspek menangkap dan
merenjatnya sebelum mengelar lehernya dengan pisau.
"Suspek bunuh mangsa demi menjaga maruah keluarga. Dia dikatakan kurang
senang mangsa menjalinkan hubungan dengan anak jirannya."
katanya.
Selepas kejadian itu, suspek menghubungi polis dan memaklumkan
perbuatannya itu, lalu ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis kini sedang menunggu laporan bedah siasat.
Sumber: Gulf News