2 beranak mati dibunuh kerana curi password WiFi jiran
Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa Pakistan kerana membunuh dua
beranak yang didakwa mencuri password WiFi kediamannya.
Menurut saudara mangsa, dua beranak terbabit sebelum ini pernah menerima
ugutan bunuh daripada suspek selepas mereka bertengkar beberapa kali sejak
dua bulan lalu.
Suspek yang dikenali sebagai Qasim juga didakwa menghantar ugutan kepada
anak sulung mangsa. Namun suspek bertindak menghilangkan diri selepas
mangsa membuat laporan polis.
Mangsa pertama, Farooq, merupakan pekerja di sebuah kilang keluli dan
anaknya, Haris, masih melanjutkan pengajian di Universiti Karachi.
Tidak beberapa lama selepas kejadian itu, polis berjaya menahan suspek di
bandar Shah Latif. Ketika disiasat, Qasim mengaku telah membunuh dua
mangsa terbabit.
Menggunakan perkhidmatan WiFi pengguna lain tanpa keizinan bukan
perbuatan yang menyalahi undang-undang. Tetapi dari segi agama, perbuatan
itu tetap salah.
Namun menurut fatwa moden yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam
dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACA), perbuatan itu adalah satu kesalahan
dan pelakunya boleh dihukum.
"Tidak dibenarkan orang menggunakan apa yang dimiliki oleh orang lain
tanpa bayaran atau kebenaran. Oleh itu, internat harus digunakan hanya
selepas seseorang itu melanggan perkhidmatan tersebut."
Penduduk di Pakistan majoritinya adalah beragama Islam di mana 96.28
peratus penduduknya beragama Islam.
Sumber: Independent