Briged Al-Qassam Lancarkan Serangan Bertali Arus Ke Israel
Rentetan roket dan peluru
berpandu mula dilepaskan sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin
(Hamas) – Briged Izzuddin Al-Qassam (Al-Qassam) – selepas tamat masa diberikan
kepada rejim Israel untuk berundur dari Masjid Al-Aqsa, awal pagi ini waktu
Malaysia.
Jurucakap Al-Qassam, Abu Obaidah
berkata pasukannya menyasarkan musuh yang menduduki secara haram tanah Palestin
di Baitulmaqdis sebagai tindak balas terhadap jenayah dilakukan rejim Zionis
Israel.
“Rentetan peluru berpandu dan
roket dilepaskan sebagai tindak balas terhadap jenayah dan kekejaman dilakukan
rejim Israel di tanah suci Baitulmaqdis, terutama di perkampungan Sheikh Jarrah
dan Masjid Al-Aqsa.
“Musuh harus memahami mesej kami
dan jika kembali (melakukan pelanggaran), kami akan kembali (untuk melakukan
pembalasan),” katanya menyusul serangan terhadap kedudukan rejim itu di sekitar
Baitulmaqdis.
Bagaimanapun, rejim pengganas
Israel tidak menyatakan kemalangan jiwa atau kerosakan yang dialami.
Terdahulu, Briged Al-Qassam
memberi masa kepada askar rejim Israel (IDF) sehingga jam 6 petang waktu Palestin
supaya keluar dari kawasan Masjid Al-Aqsa dan perkampungan Sheikh Jarrah, serta
membebaskan penunjuk perasaan yang ditangkap sejak beberapa hari lalu.
Rejim Israel membunyikan siren di
seluruh Baitulmaqdis, terutama penempatan haram Yahudi, susulan serangan yang
dilancarkan dari Semenanjung Gaza.
Sayap ketenteraan pergerakan
Jihad Islam – Saraya Al Quds – memusnahkan sebuah jip IDF dengan peluru berpandu
kornet di timur Semenanjung Gaza.
Pada masa sama, sayap ketenteraan
pergerakan Jihad Islam – Saraya Al Quds – memusnahkan sebuah jip IDF dengan
peluru berpandu kornet di timur Semenanjung Gaza.
Pasukan itu juga turut
melancarkan roket ke arah penempatan haram di Israel.
“Saraya Al Quds bertanggungjawab
menyasarkan dan memusnahkan jip Zionis di timur Semenanjung Gaza menggunakan
peluru berpandu kornet, dan mengesahkan jip itu musnah sama sekali,” kata
Saraya Al Qud dalam kenyataan hari ini.
Tentera rejim Israel mengesahkan
jip mereka diserang dan seorang anggota IDF cedera.
Sumber : Agendadaily
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda
disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun
dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
sendiri.