[Video] "Apa Itu Tempe?..", Nia Ramadhani Tak Kenal Tempe, Bingung Bila Ditanya Nak Beli Berapa Banyak
Ada saja kisah lucu mengenai pelakon sinetron popular Indonesia, Nia Ramadhani! Kalau dahulu kisah tak pandai kupas salak, kali ini tular pula cerita terbaharu mengenai tempe.
Sepotong video tersebar di media
sosial memaparkan aksi Nia yang sedang membeli makanan di tepi jalan.
Kemudian, Nia menunjukkan makanan
yang menarik perhatiannya iaitu tempe goreng.
Ketika peniaga tersebut
bertanyakan berapa jumlah tempe yang ingin dibeli Nia, dia kelihatan
kebingungan.
"Berapa tempenya, kak? soal
penjual itu.
Bukannya menjawab pertanyaan
penjual malah bintang Bawang Putih Bawang Merah itu seperti tidak memahami.
Sahutnya; "Ah... Tempe?"
Sebelum kecoh di media sosial,
rupa-rupanya orang di sekelilingnya sudah terkejut terlebih dahulu. Termasuk
salah seorang kawan Nia.
"Sumpah kamu tak tahu itu
tempe?" tanya rakannya itu.
Nia seraya menjawab tidak tahu
bahawa makanan yang ditunjukkannya itu tempe.
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.