'Baru semalam kau buat ramai yang bahagia, hari ini kau pergi selamanya..' - Ibu meninggal dunia selepas melahirkan 3 bayi kembarnya
Seorang wanita di Medan, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas
melahirkan tiga bayi kembarnya (perempuan).
Rahmadina Nasution @ Dina Nasution bersalin secara normal dan tidak
mengalami sebarang masalah kesihatan. Namun pada Selasa 3 Disember, Dina
mengalami sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia, akibat mengalami
pendarahan (tumpah darah).
Gambar terakhir jenazah Dina dan tiga bayi kembarnya kini viral meluas di
media sosial, mengundang rasa simpati netizen.
Salah seorang rakannya, Sukma Alam, turut meluahkan rasa sedih kerana dia
bersama Dina sudah membuat perancangan untuk menyambut kelahiran kembar
berkenaan.
"Baru semalam kau buat ramai orang bahagia dengan kelahiran puteri-puteri
mu dan sekarang kau membuat ramai orang yang bersedih di atas pemergianmu.
Semoga ditempatkan di syurga terindah," katanya.
"Perjuangan seorang ibu. Allah sayang pada ibu ini dan keluarganya lalu
dikirimkan tiga bidadari kecil dari syurga. Tapi sayang, di saat
kebahagiaan itu muncul, Allah ambil semula si ibu untuk kembali
kepadaNya.
"Semoga keluarganya tabah, terutamanya suami. Semoga tiga bidadari
kecilnya akan membahagiakan dan membanggakan keluarga dan orang di
sekitarnya. Amin," tulis Chairunisa Atardin.
Sumber: Pojok