'Dasar suami tak guna!' - 4 tahun hilang, isteri sangka suaminya dah mati rupanya kahwin dengan jiran sebelah rumah
Apalah nasib seorang isteri di Madura, Indonesia selama empat tahun
menyangka suaminya telah hilang, rupa-rupanya lelaki itu ada berdekatan
dengannya selama ini. Malah, suaminya telah berkahwin dengan perempuan
lain.
Si isteri yang hanya dikenali sebagai UH berusia 38 tahun sebelum ini
menyangka suaminya, SR, berusia 41 tahun hilang tanpa sebarang khabar
berita. Ketika itu, UH tidak pasti sama ada suaminya benar-benar hilang
atau sengaja meninggalkan dia.
Semenjak dari itu, UH tiada pilihan lain dan terpaksa bekerja untuk
menyara kehidupannya dan anak, tanpa diberi nafkah oleh suami.
Bagaimanapun, baru-baru ini dia telah dimaklumkan bahawa suaminya masih
hidup dan kini bahagia dengan isteri baru serta dikurniakan tiga cahaya
mata.
Apa yang menyedihkan UH, wanita yang juga madunya itu rupa-rupanya adalah
jirannya sendiri yang juga merupakan kakitangan kerajaan
negeri.
Ahli keluarga UH, Idrus, berkata, memang benar SR berlaku curang dan
telah berkahwin dengan isteri kedua yang kini hamil anak
keempat.
Jelas Idrus, perkara terbongkar selepas ibu bapa isteri kedua yang
memberitahu sendiri kepada UH bahawa SR adalah suami yang sah kepada anak
mereka.
UH sangat terkejut dan tidak menyangka perkara itu berlaku kerana selama
ini suaminya berada berdekatan dengan dia di mana jarak rumah UH dengan
rumah madunya hanya 10 meter sahaja.
Sepanjang tempoh empat tahun itu, SR yang masih merupakan suami yang sah
kepada UH, langsung tidak pernah menghubungi isteri pertamanya, mahupun
bertanya mengenai khabar anak mereka.
Sumber: Sosok