Takut diceraikan, ibu rela anak perempuannya diratah' suami selama 4 tahun
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Indonesia menjadi tempat
melampias nafsu oleh bapa tirinya selama empat tahun dan direlakan oleh
ibu kandungnya sendiri kerana takut diceraikan lelaki itu.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Mawar, menjadi mangsa perbuatan
terkutuk bapa tirinya itu dan segalanya dicatatkan dalam sebuah
buku.
Menurut kandungan buku itu, Mawar menceritakan bagaimana suspek berusia
33 tahun itu mendekati dia apabila ibunya, Tinuk, mula mengalami masalah
gangguan jiwa. Mawar sebelum ini amat berharap ibunya dapat melindungi dia
sebaik saja keadaannya pulih.
Namun apabila Mawar mengadu kepada ibunya, Mawar hanya dipesan untuk
menolak sekiranya suspek mengajak dia melakukan hubungan
intim.
Apabila Mawar menolak, suspek menjadi bengang dan tercetus pertengkaran
yang membuatkan Tinuk kembali mengalami gangguan jiwa.
"Sejak dari sekolah rendah sampai sekarang saya akur dengan
perbuatannya," tulis Mawar.
Lebih memedihkan, Tinuk tahu hubungan terlarang itu dan tidak pernah
sesekali bangkit untuk melindungi anaknya kerana bimbang suspek akan
menceraikan dia. Malah, Mawar menulis Tinuk merestui hubungan anaknya
dengan suspek.
"Padahal ibu satu-satunya harapan untuk membantu masa depan saya. Tetapi
saya kecewa," tulisnya.
Yang lebih gila, 25 November 2019, suspek mengulangi lagi perbuatannya
dan kali ini di depan Tinuk. Bahkah suspek meminta Tinuk menyertai
hubungan intimnya itu.
Kali terakhir mangsa dirogol oleh suspek pada pagi Rabu 27 November 2019,
ketika Mawar mahu berangkat pergi ke sekolah dan tiba-tiba suspek
memanggilnya ke tingkat atas rumah.
"Di tingkat atas, saya disuruh melakukan perkara yang tidak diingini.
Padahal saya dah nak berangkat pergi ke sekolah dan sudah siap memakai
seragam sekolah," tulisnya.
Perbuatan suspek terbongkar apabila guru menyedari Mawar selalu kelihatan
murung lalu dipanggil untuk menghadiri sesi kaunseling. Mawar mengaku di
telah lama menjadi mangsa nafsu bapa tirinya.
Pihak sekolah kemudian membuat laporan dan bertindak di atas laporan itu,
polis telah menahan suspek atas tuduhan merogol anak tirinya.
Suspek direman untuk beberapa hari untuk siasatan.
Sumber: Sosok