'Kak, belilah donat saya' - Demi bantu ibu, adik ni jual donat di tepi jalan dari pagi sampai malam
Di kala kanak-kanak yang lain bersekolah, kanak-kanak lelaki ini nekad
membantu ibunya mencari pendapatan bagi menyara keluarga dan adik
perempuannya yang masih sekolah.
Biarpun terpaksa menjual sehingga lewat malam, dia tetap teruskan asalkan
10 bekas donat yang dibawanya habis dibeli orang.
Kegigihan kanak-kanak itu menarik perhatian seorang gadis yang kemudian
datang bertanya mengenainya, lalu dimuat naik ke Twitter dan meminta orang
ramai yang prihatin membantu adik ini.
"Di sekitar kampus aku, ada seorang budak jual donat di tepi jalan. Dia
kata dia telah ditinggalkan oleh bapanya. Ibunya pula bekerja di kedai
dobi. Dia mempunyai seorang kakak dan dua lagi adik yang masih kecil. Tiga
daripada mereka tidak dapat meneruskan persekolahan kerana masalah bebanan
kewangan.
"Bila balik, aku selalu nampak dia. Dan malam semalam aku nampak dia
masih lagi menjual donut sampai tertidur-tidur, dia bawa adik dia sekali.
Bila ditanya, dia kata dia berjual sampai jam 11 malam.
"Dia kata, adiknya hanya ikut dia menjual donat di sebelah malam sahaja.
Di waktu siang, adiknya bersekolah. Kakak dia yang berhenti sekolah dulu,
tapi akan sambung nanti dan begitulah seterusnya (ikut
giliran).
"Donat yang dia jual enak dan empuk. Harganya 3,000 rupiah (RM0.90) satu
dan ada pelbagai rasa. Dia jual di sekitar kampus dan setiap hari dia jual
lebih kurang 10 bekas.
"Kepada yang mereka yang selalu melalui kawasan ini, kalau ternampak adik
ni, tolonglah beli donat dia. Kadang-kadang dia gembira sangat kalau kita
beli donut dia, sedekahlah sedikit wang untuk dia beli makanan,"
katanya.
Susulan dari tweet itu viral, ramai pihak yang tampil membantu, malah ada
yang mahu menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai.
"Terima kasih banyak yang bantu share dan retweet serta doa buat adiknya.
Semoga kebaikan anda dibalas olehNya.
"Alhamdulillah hari ini aku sudah bertemu dengan adik Naufal dan juga
ibunya. Sumbangan dari orang ramai telah disampaikan kepada mereka."
katanya.
Perkara itu juga mendapat perhatian dari pihak agensi kerajaan yang
kemudian mendapati adik Naufal mahu berhenti sekolah kerana ingin membantu
ibunya. Ibu bapanya juga telah berpisah.
Sumber: @awzeepp