Suami kelar leher, belah perut isteri hamil kerana berang tidak dibenarkan periksa telefon bimbitnya
Dalam kejadian jam 2 petang Khamis 21 Februari 2019 di Sungai Serut, Kota
Bengkulu, Indonesia, polis berjaya menahan suspek tidak beberapa jauh dari
lokasi kejadian.
Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan oleh suspek
untuk melakukan jenayah itu.
Menurut sumber, Romi Sepriawan, 30, berang dengan tindakan isteri, Erni
Susansi, 29, yang tidak membenarkannya melihat telefon bimbitnya, lalu
mencetuskan pertengkaran.
Romi kemudian keluar dari rumah dan kembali semula dengan membawa parang
yang dipinjam dari jiran dengan alasan mahu mengopek buah
kelapa.
Selepas meminjam parang itu, Romi masuk ke dalam bilik tidur dan
meletakkan parang itu di atas katil dan ditutup dengan
selimut.
Melihat suaminya masuk, mangsa terbangun dan sekali lagi pasangan itu
bertengkar. Romi yang tidak dapat menahan kemarahannya kemudian mengambil
parang itu terus menetak leher mangsa yang dalam posisi sedang tidur di
atas katil.
Setelah itu, Romi membelah perut Erni yang hamil dan mengambil bayi dari
perutnya sebelum keluar dari rumah dan memberitahu jiran mengenai apa yang
berlaku. Romi kemudian terus melarikan diri sebelum kembali semula ke
rumah dan terus ditahan polis.
Related:
Menurut Romi, sudah empat bulan Erni menetapkan telefonnya dikunci dengan
password. Apabila Romi meminta password, Erni berkata dia tidak tahu.
Curiga dengan jawapan itu, Romi meminta Erni berterus terang sahaja dan
dia tidak akan marah. Tetapi Erni tetap enggan memberi password telefon
bimbitnya.
Keadaan itu berlarutan selama empat bulan. Apabila Romi menegur sikap
isterinya itu, Erni tidak mahu mendengar dan terus masuk ke dalam
bilik.
Romi ditahan untuk siasatan dan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan
membunuh.