(Video) Lelaki mati dihempap gajah selepas tergelincir ketika menyebat haiwan itu
Video menunjukkan mangsa, Arun Panikkar, 40, sedang memandikan haiwan itu
di Karappuzha di Daerah Kottayam, Kerala, selatan India.
Arun dipercayai cuba menyuruh gajah itu baring kerana dia mahu
membersihkan bahagian belakangnya, tetapi gajah itu enggan berbuat
demikian.
Arun kemudian menyebat gajah itu tetapi tergelincir lalu terjatuh sebelum
dihempap oleh gajah itu yang tidak menyedari mangsa berada di
bawahnya.
Seorang lelaki yang ternampak kejadian itu segera datang dan menyuruh
gajah itu beralih serta menyebatnya dengan kayu tetapi gagal sehinggalah
beberapa ketika haiwan itu akhirnya bangkit.
Related:
Malangnya sudah terlambat, Arun disahkan telah meninggal dunia di tempat
kejadian.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.