'Selepas minum air kencing sendiri, saya rasa lebih bertenaga' - Fabian
Seorang pereka dalaman di Sheffield, Yorkshire mendakwa dirinya lebih
bertenaga dan sihat selepas mengamalkan minum air kencingnya sendiri
setiap hari.
Menurut Fabian Farguharson, 37, berkata, dia mengamalkan amalan itu sejak
tiga tahun lalu, malah mendakwa kehidupannya menjadi lebih gembira serta
bertambah bijak selepas meneguk antara 300 hingga 300 mililiter air
kencing segar setiap hari.
"Saya selalu berfikiran terbuka untuk sesetengah perkara, jadi saya
mengambil keputusan untuk mencuba minum air kencing yang
segar.
"Kali pertama minum air kencing, rasanya sangat kuat dan pahit. Namun
saya tiada masalah untuk menghabiskannya.
"Selepas 30 minit, badan rasa bertenaga dan saya mengalakkan orang lain
untuk mencubanya," kata usahawan itu.
Difahamkan, Fabian menemui artikel mengenai khasiat air kencing di
internet, lalu mencari maklumat mengenai rawatan alternatif dan terapi
holistik bagi menyelesaikan masalah sakit perut yang
dihidapinya.
"Saya sebelum ini kerap bertugas di luar kawasan dan makan makanan ringan
seperti Burger King, McDonald's dan pelbagai lagi makanan segera.
"Akibatnya saya mengalami sakit perut yang teruk dan imbasan yang
dilakukan gagal menemui sebarang ulser atau apa-apa punca kepada
permasalahan saya ini. Jadi, saya pun mula mencari rawatan alternatif di
internet," jelasnya.
Fabian mengakui dia turut menyimpan air kencingnya selama sebulan sebelum
diminum.
Sumber: Metro UK, Harian Metro