Remaja maut terkena renjatan eletkrik akibat guna kabel pengecas yang sudah usang
Seorang remaja perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik akibat
menggunakan kabel pengecas telefon pintarnya yang sudah lama.
Menurut laporan Daily Mail, Nong Ying, 17, sebelum itu sedang menggunakan
telefonnya yang sedang dicas menggunakan kabel pengecas ditampal dengan
pita pelekat, sambil berbaring di katil.
Namun dia tidak menyedari kabel berbahaya itu menyentuh katilnya
(aluminium) menyebabkan dia terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia
dalam kejadian yang berlaku pada malam Jumaat lalu di Chaiyaphum,
Thailand.
Ibunya, Boonpeng Tuponchai, 47, yang baru pulang mendapati Nong masih
baring di atas katil dan cuba mengejutkannya Nong dari tidur sebelum
dirinya terkena sedikit renjatan elektrik.
Boonpeng segera memadamkan suis utama tetapi sudah terlambat, mangsa
tidak lagi bernyawa.
Pegawai penyiasat polis, Kapten Khanti Peansoongern berkata, pihaknya
menemui kesan terbakar di tangan kiri mangsa yang dipercayai memegang
telefon tersebut.
Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa terkena renjatan akibat
penggunaan kabel pengecas yang sudah terkoyak dan terdedah kepada
kebocoran arus elektrik.
Namun siasatan sedang dijalankan bagi memastikan punca kematian
mangsa.
Sumber: Daily Mail