Tak nak tanggung dosa sendirian, remaja ajak rakan rog0l kekasihnya sehingga hamil
Usia belum genap 20 tahun tetapi perbuatan remaja itu sangat tidak
disangka-sangka. Remaja lelaki yang berasal dari Madura, Jawa Timur,
Indonesia itu bukan sahaja meratah teman wanitanya yang berusia 14 tahun,
malah mengajak rakannya untuk meratah mangsa secara
bergilir-gilir.
Kejadian itu berlaku di kawasan kebun pada Ogos 2019 dan terbongkar pada
Isnin 2 Disember lalu. Polis juga telah menahan suspek berusia 19 tahun
itu dan suspek kedua sedang giat dikesan.
Ketua Polis Daerah Bangkalan, Rama Samtama Putra berkata, suspek mengajak
rakannya untuk melakukan hubungan intim dengan mangsa secara
bergilir-gilir sehingga menyebabkan mangsa hamil.
Suspek dalam keterangannya berkata, dia pada awalnya membawa mangsa ke
lokasi kejadian dengan menunggang motosikal pada jam 7 petang.
Suspek kemudian merogol mangsa, sementara suspek kedua pula menahan bahu
mangsa sebelum gilirannya untuk melakukan perbuatan terkutuk
itu.
Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15
tahun.
Sumber: Sosok