"Kita Akan Panggil Mereka Untuk Disoal Siasat Dalam Masa Terdekat..", Pihak Polis Akan Memanggil Neelofa Dan Haris Untuk Disiasat
Susulan tersebar video dan gambar
pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail yang dipercayai merentas negeri
sehingga ke Nilai 3 untuk membeli karpet, polis akan memanggil pasangan itu
dalam masa terdekat untuk diambil keterangan.
Ketua Polis Daerah Nilai,
Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan
suaminya, Haris Ismail atau PU Riz, 26, akan dipanggil datang ke Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Nilai untuk memberi keterangan.
"Kami telah menjalankan
siasatan berkaitan penularan gambar dan video membabitkan selebriti berkenaan
dan suaminya di laman sosial dipercayai berada di sebuah premis menjual karpet
di Pusat Perniagaan Nilai 3.
"Mereka akan dipanggil ke
IPD ini dalam masa terdekat untuk memberi keterangan berkaitan perkara
berkenaan.
"Siasatan akan dijalankan di
bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta
342) dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit
Berjangkit. Siasatan juga akan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998," katanya.
Terdahulu, tindakan Neelofa
memuat naik gambar 'menembual' lelaki yang dipercayai 'bos' Naeem Carpet di
Instastorynya mengundang persoalan netizen, apakah pasangan selebriti itu
mengulangi kesalahan berulang. Sedangkan dia sudah memohon maaf dan menganggap
kompaun RM60,000 yang dikenakan itu sebagai pengajaran untuk dirinya.
Spekulasi itu menjadi semakin
jelas bilamana 'bos' Naeem Carpet memuat naik status di Facebook yang
menyatakan pasangan berkenaan telah datang ke premisnya baru-baru ini.
Menyedari keadaan semakin keruh,
Neelofa segera memadamkan gambar tersebu. Tetapi sudah terlambat kerana netizen
sudah memuat turun gambar tersebut lalu menjadi bahan bualan hangat netizen.
Sumber: Harian Metro
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.