[Video] "Bukan aku Nok Gi Sangat, Tapi Sebab Member..", Ustaz Azhar Idrus Datang Ke Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza, Ini Penjelasannya..
Penceramah bebas yang sering diingati kerana jenaka dan pelat Terengganunya, Azhar Idrus, mendakwa kehadirannya ke majlis mentahnik anak kedua Siti Nurhaliza dibuat sebagai menghormati persahabatan dengan suami penyanyi terbabit.
Kata Azhar dia berkawan dengan
Khalid Mohamad Jiwa - atau lebih dikenali sebagai Datuk K - sejak tiga tahun
lalu.
Pendakwah berasal dari Terengganu
itu memberitahu sudah dua kali Khalid mempelawanya berkunjung ke rumah mereka
sebelum ini namun semuanya tidak dapat dipenuhi.
Bagaimanapun, kata Azhar, dia
tidak mampu untuk menolak pelawaan kali ketiga itu memandangkan pasangan
tersebut baru saja menimang cahaya mata kedua, Muhammad Afwa, 19 April lalu.
“Saya bukan berkawan dengan artis
(Siti Nurhaliza). Tapi Datuk K bersaing (berkawan) dengan kita dah tiga tahun.
Tiga kali dia minta mari (datang) bila saya datang ke Kuala Lumpur.
“Yang ketiga ni kita (saya) segan
sikit sebab waktu sakit hari tu dia datang ziarah dua jam, kita dok (tak) balas
lagi.
“Kebetulan tu rumah mak mentua di belakang
rumah tu saja... rumah isteri, bukan aku nok (nak) gi (pergi) sangat, tapi
sebab member (kawan),” katanya dalam satu rakaman video hari ini.
Tidak dapat dipastikan bila
kenyataan itu dirakam, namun ia dipercayai direkodkan semalam.
Azhar adalah seorang daripada
tetamu dikenali ramai yang hadir ke majlis diadakan bagi meraikan Muhammad Afwa
baru-baru ini. Selain Azhar, turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Zulkifli Mohamad dan personaliti berasal dari Pulau Pinang, Don Daniyal Don
Biyajid.
Doakan anak kawan
Siti Nurhaliza dalam satu
kenyataan hari ini menafikan wujud pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)
membabitkan majlis tahnik pada 26 April lalu.
Katanya, kehadiran Azhar di situ
cuma kebetulan kerana dia mempunyai urusan di Kuala Lumpur.
Majlis tersebut mengundang
polemik di media sosial kerana menjemput pendakwah bebas tersebut yang didakwa
merentas negeri untuk memenuhi undangan ke majlis berkenaan.
Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang
Jaya pula memaklumkan mereka menerima satu laporan polis berkaitan isu
berkenaan dan sedang menjalankan siasatan mengenainya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya
ACP Mohamad Farouk Esha berkata siasatan dijalankan mengikut Peraturan 19
Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Kata Azhar lagi, tidak salah
sekiranya dia hadir ke majlis tersebut untuk mendoakan anak kepada rakannya.
“Jika kawan kita minta doakan
anak dia, takkan kita nak kata tak.
"Ada ke dalam doa yang kata
kalau pergi Kuala Lumpur tak boleh doakan anak kawan?” katanya.
Sumber : Malaysiakini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.