[Video] "Pasal Tu Pun Nak Mengamuk..", Lelaki Naik Hantu Sebab Pekerja Silap Bagi Order

Ampang: Hanya kerana kesilapan pesanan, seorang pelanggan restoran makanan segera 'naik hantu' dan bertindak ganas merosakkan mesin juruwang di kaunter premis.

Melalui video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit lapan saat yang tular di media sosial itu, lelaki terbabit turut memaki hamun pekerja restoran berhampiran sebuah pasar raya di Ampang di sini.

Rakaman itu turut menunjukkan lelaki terbabit kemudian menolak mesin juruwang yang berada di atas kaunter restoran berkenaan hingga jatuh ke lantai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada pengurus restoran pada jam 4.30 petang kelmarin.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 12.15 tengah hari apabila seorang pelanggan lelaki datang ke kaunter dan membuat pesanan makanan.

"Lelaki itu memarahi pekerja yang sedang bertugas kerana silap menerima pesanan.

"Polis juga sudah merakam keterangan pengadu dan melawat lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang kerugian dan kecederaan yang dialami pengadu.

Katanya, pengadu juga tidak berhasrat untuk meneruskan kes berkenaan.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close