Ibu bunuh 3 anak lelakinya, bimbang mereka akan dera wanita bila dewasa kelak
Seorang wanita di Ohia yang didakwa melemaskan tiga anak lelakinya
mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 37
tahun.
Pada Julai 2014, Niall yang masih bayi ditemui mati pada Julai 2014.
Diikuti dengan kematian Gabin, 4, pada April 2015 dan Noah, 3 bulan, pada
Ogos 2015 di kediaman Brittany Renee Pilkington, 27 dan
suaminya.
Brittany mengaku membunuh ketiga-tiga anaknya pada hari mayat Noah
ditemui dan memberitahu polis dia berbuat demikian kerana depresi serta
bimbang anak-anak lelakinya itu akan mendera wanita apabila dewasa
kelak.
Suami, Joseph Pilkington, 47, mengaku bersalah atas pertuduhan salah laku
seksual dengan melakukan hubungan seks dengannya sebelum berkahwin, ketika
Brittany masih di bawah umur.
Joseph pada pertuduhan awalnya didakwa melakukan hubungan seks dengan
Brittany yang dua dekad lebih muda daripadanya dan membuatkan gadis itu
hamil pada 2009 ketika Brittany berusia 17 tahun.
Joseph menjalinkan hubungan dengan ibu Brittany sebelum itu dan tinggal
bersama mereka selama beberapa tahun. Namun begitu, Joseph bukan suspek
dalam kes kematian tiga kanak-kanak lelaki itu.
Pendakwa raya berkata, Brittany membunuh anak-anaknya kerana cemburu
dengan suami yang lebih memberi perhatian kepada mangsa berbanding dia dan
anak perempuannya.
Menurut salah seorang peguam Brittany, Kort Gatterdam berkata, ketika
Brittany masih kecil, dia didera secara fizikal dan seksual tanpa campur
tangan dari pihak berkuasa. Ibu bapa, agensi perkhidmatan sosial dan
sekolah gagal melindungi Brittany. Selain itu, pemeriksaan mendapati
Brittany mengalami kerosakan otak (kesan dari kes dera).
"Sayangnya, dia lebih selamat menjalani kehidupan yang lebih baik di
dalam penjara berbanding di luar," kata Kort yang menyifatkan pelanggannya
'rosak teruk'.
Peguam Tina McFall yang membaca penyataan bagi pihak Brittany berkata,
tertuduh sayang dan merindui serta bersedih untuk anak-anaknya setiap
hari.
Brittany pada awalnya mengaku tidak bersalah di atas tuduhan membunuh.
Pendakwa raya telah meminta tertuduh menjalani ujian genetik untuk menolak
alasan gangguan genetik sebagai punca kematian ketiga-tiga
mangsa.
Brittany kemudian mengaku bersalah di atas semua pertuduhan menyebabkan
dia terlepas dari hukuman mati.
Sementara itu, Peguam Negara (Ohio), Dave Yost berkata, pengakuan
bersalah itu tidak boleh membatalkan perbuatan kejam yang dilakukan oleh
tertuduh terhadap anak-anaknya.
"Dia tidak layak dipanggil ibu. Tetapi dengan hukuman penjara
sekurang-kurangnya dapat menjamin dia tidak akan mengulangi perbuatan
jahatnya lagi," katanya.
Sumber: Daily Mail, The Blaze