(Video) Tak mahu dipecat, pekerja tusuk leher manager dengan pisau
Seorang pengurus restoran di Jakarta Utara cedera parah akibat ditusuk
dengan pisau oleh pekerjanya dalam kejadian yang berlaku pada malam Ahad
lalu.
Kejadian itu berlaku apabila mangsa, Asela Rumapea, 36, bertengkar dengan
suspek, Yogi Dawamul Hidayat, 22, kira-kira jam 3.30 petang kerana mangsa
mengadu kepada pihak atasan yang dia pernah dipukul oleh
suspek.
Difahamkan, suspek akan dipecat sekiranya perbuatannya itu dilaporkan
kepada pihak atas. Oleh kerana pertengkaran itu tidak menemui jalan
penyelesaian, mangsa keluar meninggalkan suspek di premis.
Apabila mangsa kembali semula ke premis dan kedua-dua mereka bertengkar
sekali lagi.
Suspek yang tidak dapat menahan kemarahan terus mengambil pisau kecil di
dapur lalu menusuk leher mangsa.
Akibatnya, mangsa mengambil luka dan pendarahan teruk di leher. Mangsa
berlari meminta bantuan dari orang awam yang berada di sekitar tempat
kejadian.
Orang awam juga sempat merakam kejadian itu dan kini tersebar meluas di
media sosial.
Suspek telah ditahan polis di akan dibawa ke balai untuk siasatan
lanjut.
"Siasatan awal mendapati, suspek mengakui perbuatannya itu. Suspek masih
berada di balai dan mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan," kata sumber polis.
Sumber: Kompas