Isteri tuntut cerai kerana suaminya terlalu rajin kemas rumah tanpa disuruh
Seorang wanita di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menuntut cerai kerana
suaminya terlalu rajin membantunya membuat kerja-kerja mengemas rumah dan
kerap membeli hadiah untuknya.
Wanita berkenaan memberitahu mahkamah syarah di Fujairah bahawa, suami
dia tidak pernah bertelagah atau menjerit terhadapnya dan melayaninya
dengan baik.
Walaupun hidupnya dilayan dengan penuh kasih sayang, wanita itu
menganggap hidupnya seperti neraka kerana suaminya terlalu rasa cinta dan
kasih sayang suaminya itu terlalu tinggi, membuatkan dia mengambil
keputusan untuk menuntut cerai.
"Saya tersedak dengan cinta dan kasih sayangnya yang melampau. Dia juga
membantu saya membersihkan rumah walaupun saya tidak meminta dia untuk
berbuat demikian," katanya.
Menurut laporan Khaleej Times, pasangan itu tidak pernah bergaduh dan
suaminya tidak pernah meninggikan suara sepanjang perkahwinan
mereka.
Apabila si isteri mengadu mengenai berat badan suaminya yang naik, lelaki
itu mengambil langkah untuk berdiet dan bersenam sehingga menyebabkan dia
mengalami patah kaki.
"Saya teringin hubungan ini seperti pasangan lain yang adakalanya
bergaduh, tetapi ianya mustahil kerana suami saya terlalu romantis dan
selalu memaafkan saya serta memberi saya hadiah setiap hari,"
katanya.
Sementara itu, si suami meminta mahkamah menolak permohonan isterinya
yang menuntut perceraian darinya.
"Tidak adil untuk menilai perkahwinan dari tahun pertama dan semua orang
belajar dari kesilapan mereka.
"Saya selalu berharap dapat menjadi suami yang baik dan sempurna untuk
dia," katanya.
Mahkamah memerintahkan kes itu ditangguhkan dan memberi ruang untuk
pasangan itu menyelesaikan masalah mereka.
Sumber: Daily Mail