"Niaga Jual Berger Ja, Camna Nak Bayar Kompaun RM50K..", Tular Peniaga Burger Dikompaun RM50K Niaga Depan Rumah
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal Burger berkongsi satu surat saman yang dipercayai telah dikeluarkan oleh pihak poIis.
Perkongsiannya itu bagaimanapun, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet mengapa dia dikenakan kompaun dengan kadar yang begitu banyak.
Menerusi surat saman yang ditulis pada 2321 (11.30 malam), menunjukkan lelaki berkenaan telah dikompaun sebanyak RM50k. Namun, tulisan yang tertera pada resit berkenaan tidak jelas mengapa dia telah dikenakan tndakan sedemikian rupa.
Status yang ditulisnya di laman Facebook, mendakwa dia dikenakan kompaun berikutan berniaga di depan rumah sewaktu poIis datang ke rumahnya pada jam 11 (tidak dinyatakan pagi ataupun malam) .
Alahai dugaan bulan puasa, niaga burger depan tangga rumah pukul 11 lebih poIis mari. Niaga burger kena kompaun 50k. Semoga rezeki aku dan keluarga bertambah ada hikmah di sebalik kejadian niaga pun untuk buat lepas bayar bil bulan-bulan ja.
alahai dugaan bulan puasa...nego burger depe tangga rumoh...kul 11 malam polis mari... nego burger kena kompaun...
Posted by Faisal Burger on Sunday, April 25, 2021
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat masing-masing ada yang menyatakan lelaki berkenaan telah meIanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu berniaga melebihi waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pada masa yang sama, ada juga yang menyifatkan kadar kompaun yang dikenakan adalah terIampau mahal dan tidak mampu dibayar oleh peniaga berkenaan.
Bagaimanapun, tiada info lanjut di sebalik kejadiaan berkenaan.
Sumber: Faisal Burge, OB
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.