Anak Derhaka! Sanggup Pukul Ibu Sendiri Kerana Tak Diberikan Duit
Video remaja lelaki yang dianggarkan berusia 16 tahun itu dilihat
tergamak memukul ibunya beberapa kali hanya kerana wanita itu tidak
menunaikan permintaannya yang meminta wang belanja di sekolah.
Video yang dimuat naik sejak jam 7.40 malam tadi, telah ditonton 55,000
kali dan dikongsi 630 netizen di laman Facebook dan difahamkan kejadian
itu berlaku di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang.
Mangsa yang sedang memakai seluar sekolah dengan tanpa belas kasihan
memukul tanngan kiri ibunya tanpa mempedulikan rayuan mangsa yang meminta
dia berhenti menyakitinya.
"Sakitlah Bang Long," kata mangsa.
Dalam video berdurasi 43 saat itu juga menunjukkan neneknya juga berada
di ruang tamu itu menyaksikan cucunya itu menyakiti anaknya
bertubi-tubi.
"Dah! Dah! Esok jangan sekolah. Tak payah sekolah. Ha, tumbuk muka nenek,
tumbuk muka nenek yang tak nampak ni," kata neneknya.
Enggan terus dipukul remaja terbabit, mangsa terpaksa menyerahkan
sebahagian duitnya, namun remaja itu meminta ibunya menyerahkan semua duit
yang ada di dalam beg tangan itu.
Bukan sahaja tergamak sampai tangan pada ibu sendiri, malah remaja itu
sanggup mencaci maki wanita itu, malah mengugut mahu mengancam mangsa jika
tidak memberi kesemua wang yang dipinta.
Di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab dan kurang ajar remaja
terbabit yang tidak menghormati ibu kandungnya sendiri dan layak
dilabelkan sebagai anak derhaka.
"Inilah hasilnya terlalu memanjakan anak. Hasil terlalu melayan anak
seperti raja yang akhirnya menyebabkan ibu bapa menjadi hamba kepada
anaknya sendiri," kata netizen.
Sumber : The Reporter