Wanita menangis ketika dihukum sebat 100 kali selepas ditangkap khalwat bersama kekasihnya
Seorang wanita berusia 22 tahun menangis dan merayu agar pegawai syariah
berhenti menyebatnya dalam hukuman sebat yang dibuat secara terbuka di
khalayak ramai.
Wanita itu dihukum sebat kerana melakukan maksiat, selain dua lagi
individu yang turut menerima hukuman sebat 100 kali sambil disaksikan
orang awam di sebuah stadium di Lhokseumawe, 170 kilometer dari Banda
Aceh.
Hukuman sebat diamalkan di daerah itu bagi menghukum pesalah yang
terbabit dalam judi, minum alkohol, melakukan hubungan sejenis dan
maksiat.
Rabu lalu, wanita itu bersama teman lelakinya yang juga berusia 22 tahun
disebat 100 kali selepas mereka ditangkap khalwat.
Wanita itu menangis beberapa kali kerana tidak berdaya menahan kesakitan
dan merayu agar pegawai syariah itu berhenti menyebatnya.
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun juga disebat kerana melakukan
hubungan seks dengan kanak-kanak. Dia disebat sehingga baju putihnya
dibasahi darah.
Remaja terbabit dikenakan hukuman penjara selama lima tahun, manakala
pasangan kekasih itu pula dibebaskan.
Sumber: Daily Mail