Pengantin perempuan fail saman terhadap teman lelaki kerana tak muncul di hari perkahwinan
Arunee Jaengkrachang, 24, sepatutnya berkahwin dengan teman
lelakinya, Boonyang Sawatdee, 26, di rumahnya di Kampung Khaodin, daerah
Kabin Buri, pada 22 Oktober lalu.
Tetapi Boonyang menjelaskan bahawa dia tidak datang pada hari itu kerana
dia tidak mampu menyediakan wang hantaran yang telah ditetapkan oleh
keluarga Arunee.
Difahamkan, keluarga kedua-dua pihak sebelum ini telah bersetuju dengan
penetapan wang hantaran berjumlah 200,000 Baht (RM25,563).
Sehari sebelum majlis itu, Boonyang telah bertemu dengan ibu bapa teman
wanitanya untuk persiapan terakhir tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda
yang mencurigakan seperti akan membatalkan perkahwinan mereka.
Pada awalnya, Boonyang menjelaskan bahawa semua berada dalam keadaan baik
dan meminta majlis ditangguhkan kerana tidak sempat tiba pada waktu yang
ditetapkan. Selepas beberapa jam, Boonyang tetap juga tidak
muncul.
Berang dengan keadaan itu, Arunee dan ibu bapanya kemudian pergi ke rumah
Boonyang di Sa Keo. Malangnya lelaki itu dan keluarganya dipercayai telah
melarikan diri.