Ibu suruh anaknya kencing dalam mangkuk restoran, sementara dia sibuk bermain telefon
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan sebelum itu telah meminta si ibu
membawa dia ke tandas beberapa kali. Malangnya wanita terbabit enggan
berbuat demikian.
Sebaliknya, dia meminta anaknya kencing dalam mangkuk yang telah mereka
gunakan, sementara dia bermain dengan telefonnya tanpa menghiraukan
kanak-kanak itu.
Tetapi tindakannya itu disedari oleh pelanggan di restoran itu lalu
menegur perbuatan wanita berkenaan. Bagaimanapun, si ibu dengan beraninya
menjawab;
"Tak kisahlah sebab mereka (restoran) tetap akan cuci mangkuk itu nanti,"
katanya.
Selepas si ibu dan anaknya meninggalkan restoran itu, salah seorang
kakitangan premis tersebut yang sudah bekerja lebih dari 10 tahun berkata,
ini adalah kali pertama dia berdepan dengan masalah seperti ini. Malah dia
juga tidak faham apa yang bermain di fikiran si ibu berkenaan.
Bagi menangani insiden itu, pihak restoran mengambil keputusan untuk
membuang segala pinggan mangkuk yang digunakan oleh dua beranak
itu.
"Kami benar-benar tidak faham kenapa dia tak bawa saja anaknya ke tandas.
Sedangkan premis kami menyediakan tandas untuk pelanggan di setiap
tingkat.
Sementara itu di media sosial, netizen mengkritik sikap tidak
bertanggungjawab si ibu dan bimbang jika perangai buruk wanita itu akan
diwarisi oleh anaknya kelak.
"Pihak restoran patut senarai hitamkan wanita itu kerana disebabkan orang
seperti dialah sesetengah restoran tidak membenarkan anak-anak kecil masuk
ke restoran," kata netizen.