Ibu bapa bertumbuk kerana anak berebut mainan
SHENZEN, CHINA - Ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik
terhadap anak-anak, tetapi dua lelaki bergelar bapa ini memilih untuk
bergaduh hanya kerana anak-anak mereka berebut mainan.
Insiden yang berlaku di sebuah pusat permainan kanak-kanak di pusat beli
belah di Shenzen, tindakan seorang kanak-kanak yang mengambil mainan dari
kanak-kanak yang lain, mencetuskan rasa tidak puas hati ibu bapa yang
akhirnya menyebabkan seorang lelaki tersungkur di lantai dan beberapa
kanak-kanak yang menyaksi kejadian itu berada dalam keadaan
trauma.
Pada awal kejadian itu, salah seorang lelaki cuba meredakan pergaduhan
itu, malangnya gagal berbuat demikian apabila ibu bapa yang lain juga
turut masuk campur dengan membaling blok kayu pada lelaki berbaju merah
jambu, sebelum lehernya dipaut oleh lawannya.
Tidak beberapa lama kemudian, beberapa lelaki turut bersama membantu
menahan lelaki berbaju merah jambu terbabit dan insiden itu berakhir
dengan dirinya tersungkur di lantai akibat cedera dibelasah sekumpulan
lelaki berkenaan.
Sementara itu, dua wanita dipercayai ibu kepada anak-anak yang terlibat
dalam kejadian itu juga turut bergaduh dengan menarik rambut
masing-masing. Pergaduhan mereka berdua berakhir apabila lelaki berbaju
hitam datang dan menumbuk wanita berkenaan lalu tersungkur ke
lantai.