“Yang Penting Halal..”, Enggan susahkan suami, model hanya minta selipar Jepun sebagai mas kahwin
Model bernama Helmi yang berusia 20 tahun, sah mendirikan rumah tangga
dengan suaminya, Yudi Anggata, 24, minggu lalu.
Kisah pasangan itu kemudian viral di media sosial dan mendapat banyak
perhatian pelbagai pihak.
Baca juga :
Hilang Nyawa Kerana Vape Meletup Di Muka
Baca juga :
[Video] Pemuda Ini Jatuh Cinta Dengan Lipas Dan Mahu Mengadakan
Hubungan Kelamin Dengannya
Dalam video tersebut, Yudi yang memakai kemeja putih dengan kain sarung
berwarna merah, beberapa kali melafazkan akad nikah sebelum disahkan
sebagai suami isteri.
"Saya memilih selipar Jepun dan segelas air sebagai mas kahwin kerana
tidak mahu membebankan suami dan keluarganya.
"Tiada alasan lain dan saya minta selipar Jepun itu diletakkan di dalam
bekas. Sekurang-kurangnya pemberian suami itu akan menjadi kenangan yang
boleh diceritakan kepada anak kami nanti," katanya.
Sumber: Kompas, Harian Metro