Jokowi Pecat Pegawainya Kerana Keluar Kenyataan Perempuan Boleh Hamil Jika Berenang Di Swimming Pool
Presiden Indonesia Jokowi telah memecat Sitti Hikmawatty dari jabatannya
sebagai Komisioner Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia
(KPAI).
Baca juga : Hilang Nyawa Kerana Vape Meletup Di Muka (thenota3.blogspot.com)
Baca juga : [Video] Pemuda Ini Jatuh Cinta Dengan Lipas Dan Mahu Mengadakan Hubungan Kelamin Dengannya
Keputusan pemecatan secara tidak hormat itu dibuat oleh Jokowi pada 24
April 2020.
Difahamkan, pemecatan Sitti telah diusulkan susulan Sitti mengeluarkan
kenyataan bahawa perempuan boleh hamil jika berenang di kolam renang awam
pada Februari lalu.
Kenyataan Sitti itu dianggap sebagai melanggar empat kod etika KPAI.
Antaranya, kenyataan Sitti itu tidak mempunyai rujukan yang tepat bagi
menyokong kenyataan yang dikeluarkan itu.
KPAI kemudian menyarankan Sitti meletak jawatan secara sukarela atau
berdepan dengan tindakan dipecat. Tetapi Sitti enggan berbuat demikian dan
memilih membawa perkara itu kepada Presiden Jokowi.
Dalam kenyataan kontroversi sebelum ini, Sitti mendakwa kehamilan boleh
berlaku pada perempuan yang berenang dengan golongan lelaki di kolam
renang awam (kehamilan tidak langsung/tidak bersentuhan).
"Ada jenis seperma tertentu yang sangat kuat. Walaupun tidak berlaku
persetubuhan tetapi ada lelaki teransang dan mengeluarkan
sperma.
"Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu pula sedang berada dalam waktu
subur. Ia berkemungkinan besar boleh berlaku," katanya.
Kenyataan Sitti itu turut disiarkan media antarabangsa menyebabkan
Indonesia mendunia seketika dan menjadi bahan ketawa banyak
pihak.
Sumber: Asia One, CNBC Indonesia