Disangka gula-gula, anak dan 3 rakannya termakan pil ekstasi milik bapa
Seorang murid perempuan bersama dengan tiga lagi rakannya dari Riau,
Indonesia, secara tidak sengaja termakan pil ekstasi yang dipercayai milik
bapanya, berusia 46 tahun, yang hanya dikenali sebagai 'HR'.
Difahamkan, pil itu ditemui oleh adiknya berusia dua tahun dalam kereta
ibu bapa mereka, sebelum diserahkan kepada kakaknya.
"Kanak-kanak itu menyangka pil yang ditemui dalam kereta ibu bapanya itu
adalah gula-gula. Lalu dipotong dan diberi kepada rakan-rakannya untuk
dinikmati bersama," kata jurucakap Polis Riau, Sunarto.
Keempat-empat mereka menelan pil tersebut, namun salah seorang daraipada
mereka segera meludah keluar pil itu kerana rasanya yang
pahit.
Tidak lama selepas itu, tiga daripada mereka mula berasa pening kepala
sebelum dikejarkan ke hospital. Keadaan mereka dilaporkan stabil selepas
menerima rawatan.
Suspek, 'HR', kemudian ditahan dan didakwa atas penyalahgunaan dadah
selepas uspek mengaku pil ekstasi itu adalah miliknya.
Polis juga akan mendakwa suspek atas kecuaian dalam menjaga anak kerana
menyebabkan nyawa mangsa dalam bahaya.