Sajjad Dah Kembali Ke Pangkuan keluarga
NEW DELHI: Seorang lelaki yang disangka terkorban dalam nahas pesawat 45 tahun
lalu mengejutkan orang ramai apabila dia didapati masih hidup.
Kepulangan Sajjad Thangal, 70, ke pangkuan keluarga disambut meriah
penduduk kampung, rakan-rakan dan pemimpin setempat di bandar Kollam yang
terletak di Kerala, India.
Ibunya yang berusia 91 tahun antara yang teruja dengan kepulangan anaknya
itu, lapor Hindustan Times.
Dia yang baru berusia 25 tahun ketika kejadian bekerja dengan Rani
menguruskan program kebudayaan di sekitar negara Teluk, lapor Hindustan Times.
Kedua-dua mereka dijadual menaiki penerbangan Mumbai, namun berlaku
perubahan rancangan di saat akhir yang menyelamatkan nyawanya.
Susulan kejadian, Sajjad dikatakan mengalami trauma serius sehingga
memaksa dia berpindah ke Mumbai dan menjalani rawatan.
Ketika di rumah jagaan itulah siasatan latar belakang dibuat dan didapati
ibunya Fathima Beevi masih hidup.
Sajjad 'dipertemukan' dengan ibunya menerusi panggilan telefon sebelum
dibawa ke kampung halamannya di Sathamkotta.
Difahamkan, selepas kejadian nahas itu, keluarga Sajjad telah memeriksa
senarai penumpang namun gagal menjumpai namanya.
Mereka kemudiannya menganggap Sajjad telah meninggal dunia.