Kerana tabiat gigit kuku, ibu jari wanita ini terpaksa dipotong
Seorang pelajar wanita terpaksa dipotong ibu jarinya selepas dijangkiti
kanser yang dipercayai berpunca dari tabiatnya menggigit kuku, lapor The
Sun.
Courtney Whithorn, 20, mula menggigit kuku jarinya ketika dia dibuli
rakan sekolah pada usia 16 tahun. Malangnya, tabiatnya itu menjadi
semakin teruk dan pada tahun 2014, dia mula menggigit seluruh kuku ibu
jarinya menyebabkan kuku ibu jari tumbuh dengan tidak
sempurna.
Selepas itu, Courtney menyembunyikan ibu jarinya dari dilihat oleh
orang sekeliling selama empat tahun. Tetapi apabila ibu jarinya mula
menjadi kehitaman, Courtney memaklumkan kepada ibu bapanya.
"Saya agak takut bila melihat kulit ibu jari saya mula kehitaman, lalu
saya maklumkan kepada mak dan ayah untuk pertama kalinya pada tahun
ini.
"Saya terpaksa memakai kuku palsu untuk menyembunyikannya kerana ia
berwarna hitam," katanya.
Pada Julai 2018, doktor mengesahkan Courtney dijangkiti kanser kulit
yang jarang ditemui, yang dikenali sebagai acral lengtiginous subungual
melanoma.
"Apabila saya mengetahui tabiat menggigit kuku jari yang menyebabkan
kanser kulit, ia amat mengejutkan saya," katanya.
Semenjak disahkan menghidap kanser itu, Courtney terpaksa menjalani
empat pembedahan dengan harapan ibu jarinya dapat diselamatkan.
Malangnya sudah terlewat apabila doktor menyarankan ibu jarinya dipotong
kerana sel kanser itu masih ada di ibu jarinya.
"Saya sentiasa menggenggam jari agar tiada yang nampak walaupun ibu
bapa sendiri. Namun saya mula menjadi panik apabila menyedari kulit kuku
ibu jari mula berubah kehitaman. Setelah empat tahun menyembunyi masalah
ini, baru tahun ini saya beritahu kepada ibu bapa.
"Saya sudah bertemu dengan doktor agar ibu jari ini dapat dirawat
melalui rawatan kosmetik. Tetapi saya dirujuk kepada pakar bedah plastik
yang kemudian mencadangkan kuku ini dibuang.
"Sebelum melakukan pembedahan pertama, doktor yang merawat memaklumkan
ada sesuatu yang tidak kena dan mahu membuat biopsy.
"Selepas dimaklumkan bahawa ia adalah kanser, saya terkedu dan bagaikan
tidak percaya. Ibu saya turut menangis kerana terlalu sedih,"
katanya.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Courtney yang tinggal di Gold Coast, Australia kini terpaksa
menangguhkan pengajiannya di Griffiths University untuk memberi tumpuan
kepada proses penyembuhan ibu jarinya.
Menurut Courtney, minatnya pada penulisan mungkin akan terjejas
memandangkan ibu jarinya telah dipotong.
"Saya masih menunggu keputusan dari pembedahan yang dijalankan minggu
lepas dan jika keputusannya baik, doktor bedah akan memantau saya untuk
tempoh lima tahun dan saya akan kerap menjalani ujian darah dan
imbasan," katanya.
Sumber: The Sun, World of Buzz, Mingguan Wanita