Budak dipaksa minum racun oleh ibunya, merangkak ke rumah nenek minta bantuan
Sungguh malang nasib dua beradik berusia 7 dan 10 tahun ini di Jawa
Tengah, Indonesia. Ibu kandung mereka yang mengalami depresi sejak
beberapa tahun lalu mengajak dua anaknya untuk membunuh diri.
Mujur salah seorang daripadanya selamat dan masih mampu merangkak pergi
ke rumah neneknya untuk meminta bantuan.
Kejadian itu berlaki di Desa Bakalan, Kecamatan Purwantoro, Wonogiri,
Indonesia.
Si ibu dikenali sebagai W berusia 38 tahun mengajak dua anaknya minum
racun serangga, Furadan, yang biasa digunakan oleh petani di
sawah.
Pihak polis masih melakukan siasatan dan motif sebenar suspek sehingga
tergamak mengajak dua anaknya bunuh diri.
Namun mengikut jiran-jiran suspek, W sememangnya sudah lama mengalami
depresi sejak lapan tahun lalu. Suspek juga jarang keluar dari rumah
kecuali menghantar anaknya pergi ke sekolah. Tidak diketahui apa punca
suspek mengalami depresi sehingga ke tahap itu.
Difahamkan, suami suspek bekerja di Jogjakarta. Walaupun begitu, hubungan
pasangan itu baik dan normal seperti pasangan lain. Suspek dilihat mula
berubah baru-baru ini apabila dia lebih banyak mengurung dirinya di dalam
rumah.
Selain racun serangga, polis juga merampas beberapa barang bukti lain
seperti sekeping nota yang ditulis oleh suspek seolah-olah ditulis dalam
keadaan tergesa-gesa dengan menggunakan dakwat hitam dalam bahasa Jawa
berserta dengan permintaan terakhirnya kepada keluarga sekiranya dia
mati.
"Kalau aku mati, aku ingin dikuburkan bersama keluargaku. Kalau tidak,
aku akan menghantui."
Keluarganya tiada pilihan dan terpaksa menuruti permintaan terakhir
mangsa.
Sumber: Sosok