[Video] "Hancur Kereta Tu Bertembung..", Buat U-Turn Secara Tiba-Tiba, Perdana Dirempuh Volvo Sehingga Bergegar CCTV
Jam 1.23 petang, 15 Mei 2021, berlaku kemalangan yang membabitkan dua buah
kenderaan sedan di Jalan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan, akibat kecuaian
salah seorang pemandu terbabit.
Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit
itu menunjukkan, kereta Proton Perdana terdahulu dilihat memperlahankan
keretanya dan masuk ke bahu jalan. Selepas kereta Perodua Myvi (putih)
keluar dari simpang, pemandu Perdana dipercayai membuat pusingan U secara
perlahan.
Dalam masa yang sama, kereta Volvo (hitam) dari laluan yang sama dipandu
dengan laju sehingga terlompat ketika melalui bonggol jalan. Kehadirannya di
jalan itu gagal disedari oleh pemandu Perdana.
Terkejut melihat kereta Perdana membelok secara tiba-tiba, pemandu Volvo
cuba menekan brek kecemasan sehingga keempat-empat tayarnya berasap.
Malangnya, usahanya gagal lalu merempuh kereta Perdana dari bahagian kanan
pemandu Perdana.
Rempuhan itu menyebab kereta Volvo hilang kawalan lalu masuk ke laluan
bertentangan dan melanggar sebahagian bangunan di situ. Manakala kereta
Perdana mengalami kerosakan teruk di bahagian kanan dan tersadai di tengah
jalan.
Dua kenderaan itu juga nyaris dilanggar sebuah kereta Perodua Viva yang
kebetulan melalui jalan tersebut, tetapi pemandunya sempat memperlahankan
kenderaan. Tidak diketahui bagaimana keadaan dua pemandu kenderaan
terbabit.
Di media sosial, banyak reaksi dari netizen. Ada yang rata-rata menyalahkan
pemandu Perdana yang membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya,
tidak kurang juga yang menyalahkan pemandu Volvo memandu terlalu laju di
jalan itu.
Walaupun begitu, ramai yang mendoakan agar kedua-dua pemandu kereta itu
selamat dan orang ramai wajar menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran
serta mematuhi peraturan jalan raya ketika memandu.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.